2012/11/23

Figura Yang Duka

Sesekali dilihat duduk
Sesekali dilihat berdiri
Sekejap bermundar-mandir
kesana dan disini

Apa yang difikirkan
dalam-dalam diri ini
Tak siapa yang peduli

Manusia sekeliling;
Melihat
Memandang
Ada juga itu menegur

Dalam dihimpit masalah
Dia tetap, teguh
Acapkali melencongkan
masalah dari fikiran

Dia tidak mahu berfikir
Dia tidak mahu bermasalah
Dia ingin ceria tersenyum
Senyum, dan terus bersenyum

Meskipun, masalah yang datang hinggap itu
berduyun-duyun, berbukit-bukit
Dia ingin terus senyum.

23 November, 15:46.

No comments:

Post a Comment