2012/09/18

Monolog malam hari

Dekat sini, tidak semacam dekat JB. Dimana aku rasa dekat sana lagi banyak tempat yang ada untuk aku tenangkan diri. Dengarkan kereta lalu lalang malam hari. Si asing berkaraoke dini sepi memecah sunyi malam. Si suami isteri bertengkarkan masalah remeh. Keadaan yang aku rasa dah terbiasa sangat. Sambil layan masalah. Seolah berkongsi masalah dengan alam yang riuh sekitar.
Berbanding dikawasan kampung yang sunyi ini, ada satu perasaan yang aku rasa terlalu janggal. Tak terbiasa dek jiwa. Masalah pun aku monolog dengan diri.
Kalau disana, rumah-rumah usang, pangsa-pangsa peninggalan, villa berhantu, pantai beralun, jadi lubuk melepak merempat. Orang sekeliling mandang pedulikan.
Ahh! Macamlah mereka tak berjiwa remaja dulu kala kan?
Hanya rakan-rakan tertentu yang menahu tentang kodeks aku yang terkompleks. Mereka lagi faham dari keluarga. Apa yang aku hujah, telinga mereka mendengar. Terkadang mereka beri pendapat dan pandangan yang aku guna pakai. Sini pun, adalah seorang dua yang faham aku. Sekurang-kurangnya aku rasa terada. Aku bersyukur jugalah daripada tiada. Daripada terus bermonolog sendirian. Dari terus dipeluk sepi malam kan?

17 September, 23:53.

No comments:

Post a Comment