2012/09/18

Buat si Jengking

Macam selalu, pulang aku terus lihatkan kau
Macam selalu, kering pamah aku sembur basahkan kau
Macam selalu, bila aku sunyi kau aku mainkan aku belai kau manja
Macam selalu, bila aku sentuh kau terus orang kata aku gila
Tapi apa aku peduli? Aku tahu kau perlukan belaian seorang tuan
Macam selalu, walau kau agresif, tak pernah kau tanam kan jarum beracun kau pada aku
Hanya takat kau sepitkan jari aku tanda tidak mahu diganggu
Aku rasa kau antara terunik pernah aku ada

Tapi hari ini, bila aku pulang, baru fikir ingin selesakan kau dalam rumah yang baru. lihat kau sudah tertimbus mati kau lemas dipamah.
Semut bersemutan diluar dalam setiap bahagian kau. Buat aku rasa kasihankan kau.
Kehilangan kau buat aku sunyi lagi. Sunyi tiada teman bermain macam selalu.



15 September, 14:25.

No comments:

Post a Comment