2011/12/05

Pernah

Nota kali ini mungkin nota yang terakhir untuk kau sayang. Jadi baca dengan teliti. Terima kasih kerana block aku dari Facebook kau.

Tak mengapa. Tak usah kau cari aku, tak usah kau terangkan pada aku. Aku dah tahu, teman baik kau dah terangkan dekat aku.
Tak mengapa. Kau tak perlu meminta maaf, sebaliknya aku yang perlu meminta maaf. Aku ni cuma pengganggu hidup bahagia kau.
Tak mengapa. Aku faham semua gerak geri yang kau atur. Aku tak kisah asalkan kau rasa apa yang kau buat itu betul.

     Ini, aku nak luahkan, selama perkenalan kita dulu, aku tak pernah rasa yang kau sayangkan aku, yang kau cintakan aku. Tujuh bulan, aku rasa perasaan aku ditipu. Apa yang kau ucapkan dulu, semuanya sekadar gerak bibir tuturkan bicara. Tapi hati kau, entah merayau kemana. Aku tahu, saat aku luahkan perasaan aku pada kau dulu, kau langsung tak ambil kisah. Aku, kalau air mata ini ditadah, aku rasa laut pun kalah. Aku tahu, dulu kau cari aku bukan sebab kau rindu, tapi sebab hidup kau yang terbosan. Tujuh bulan aku menunggu, menanti cinta ikhlas hati kau. Tak pernah lelah, tak pernah menyesal keluarkan air mata. Pernah sekali tu, 30 Disember 2010, kalau kau ingat, kau terkantoi keluar dengan lelaki. Sedangkan kau beritahu aku kau bekerja. Aku menangis rasa ingin mengalah. Tapi kenapa aku masih mengejar kau? Cinta.

     Dulu, kalau kau ingat, kau pernah marah aku, hanya sebab aku kenal teman kau. Habis perkataan gatal, curang, kau lemparkan pada aku. Habis penat mulut terangkan segalanya. Tapi kau? Buat tak ambil tahu. Aku usaha juga pujuk rayu, sambil air mata mengalir deras, sehingga kau maafkan aku. Ni aku terangkan kenapa aku kenal teman kau. Sebab aku nak tahu apa gerak geri kau. Sebab aku nak tahu apa rutin harian kau. Aku takut kau buat benda bukan-bukan diluar aku. Sebab apa aku nak tahu semua tu? Sayang.

     Aku mengaku yang aku bersalah satu ketika dulu. Aku salah sebab menduakan kau. Tapi aku jujur kan? Aku tak diam sorok kan? Dan akhirnya aku menyesal kan? Lepas aku jujur yang aku ada orang lain dulu, kau terus mengaku cinta aku. Barulah kau pujuk rayu aku. Itulah kali pertama kau tangiskan air mata untuk aku. Kau tahu sayang, aku tak suka kau tangiskan air mata untuk aku. Paling aku tak suka. Buat apa kau keluarkan untuk aku? Kenapa kau tak keluarkan cinta untuk aku? Apa yang aku inginkan adalah cinta. Selepas daripada itu, aku maafkan kau. Tanpa kau sedar, perasaan cinta aku pada kau makin mendalam. Tapi sengaja aku nafikan. Sebab apa? Aku uji. Uji sedalam mana cinta kau pada aku. Sanggupkah kau menunggu cinta aku macam mana aku menunggu cinta kau. Tapi apa yang aku nampak, kau tak mampu. Terus kau memaksa aku. Sayang, kau tahu tak ketika kau memaksa aku, aku dihimpit pelbagai masalah. Masalah antara kau dan aku, masalah keluarga dan aku, masalah dengan teater aku. Kau tak tahu kan? Malah kau tak pernah ambil tahu tantang masalah aku. Dalam tak sedar, kau makin memaksa aku. Terus aku buat keputusan melulu.

     Lepas hubungan kita putus, aku cuba tenangkan fikiran. Aku cuba lupakan apa yang dah berlaku tapi aku tak boleh. Selepas dari tu, fikiran aku sering terbang ingatkan kau. Tanpa aku sedar, malam itu air mata rindu aku pada kau mengalir. Lantas aku cari kau, tapi tak dapat. Kau hilang entah kemana. Aku cuba tanya pada teman baik kau. Macam-macam yang aku tanya kan. Sehingga lah aku dapat tahu, yang kau dah punya kekasih lain. Tak sampai sebulan. Tak cecah dua minggu aku tinggalkan kau. Tahu-tahu hati kau bukan lagi pada aku. Itu yang kau katakan cinta? Tak sanggup menunggu. Saat itu kau boleh tanya teman baik kau macam mana sedihnya aku bila bersuara, Tuhan saja yang tahu. Kenapa aku cari kau sayang? Sebab aku perlukan kau. Kau pelengkap hidup aku. Kau dunia aku.

     Sekarang, aku nak tanya kau. Pernah ke kau jumpa lelaki yang jujur tahap bengap macam aku? Sampai aku curang pun aku jujur mengaku. Tapi curang aku pada kau cuma sekali itu. Berbandinglah pula dengan kau.
Pernah ke kau jumpa lelaki yang sanggup menunggu kau macam mana aku menunggu kau? Bukan setakat menunggu, dah lah tu aku selalu kau kecewakan. Sedangkan kekasih hati kau, senang memenangi hati kau tanpa sedikit penat lelah. Dunia memang tak adil.
Pernah ke kau jumpa lelaki yang selalu ambil tahu mengenai kau macam aku? Yang setiap masa ingin tahu apa kau buat. Tak kira aku sibuk atau tak.
Pernah ke kau jumpa lelaki yang penyabar macam aku? Yang sabar dengan sikap panas baran kau. Yang sabar dengan sikap cemburu buta kau. Yang sabar dengan sikap degil kau.
Pernah ke kau jumpa lelaki yang boleh terima kau seadanya kau atas nama cinta? Bukan kerana kecantikkan kau. Bukan kerana kemewahan kau.
Pernah ke kau jumpa lelaki yang makan nasihat kau? Kau tak suka aku merokok depan kau, aku tak merokok. Aku tahu kau tak suka bau busuk asap rokok. Tapi luar dari penglihatan kau aku merokok.
Pernah ke kau jumpa lelaki yang setia macam aku? Yang setia menunggu kau sehingga sekarang. Yang susah nak menegur perempuan lain, kecuali kawan-kawan aku dan kawan kau.
Pernah ke sayang? Pernah?

Sayang. Dengarkan jerit ku, jujur tak terfitnah; Kau hanya bagi ku, suatu yang pernah.

8 comments:

  1. sabar ae adek! setiap apa yg diberikan kpd kita hanya pinjaman di dunia semata-mata...kalau sesuatu tue kita lepaskan dan dia dtg balik tanpa dipaksa...ianya mungkin akan jd milik kita...tp kalau dia x dtg balik...ianya mungkin hak yang lain2nya... #banyakkan istighfar + amek air semayang + solat yer! syg adek!! :)

    ReplyDelete
  2. okay kak lola ! thanks . sayang kak lola jugak .

    ReplyDelete
  3. wow. rileks bro. tak sume cinta itu indah. ko hanya perlu tunggu jodoh dari Allah. Jodoh dari Allah tidak akan sesekali buat kau sedih dan menangis. sabar beb !

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. heyy janganlah sebak sangat beb. aku yang lalui apa yang celaka ni lagi sebak :)

      Delete