2011/12/10

Cherita Sepi

Hey si Dewi Sepi, 
tunggu masa kau akan mati
bila aku hantarkan seseorang
untuk bunuh sepi kau 
yang peluk aku selalu.


Hey si Dewi Sepi,
tiba masa gelap kau aku 
penuhkan dengan cahaya cinta
pada waktu itu, lembah yang
kau katakan itu, mekar dengan
bunga dan penuh dengan
wangian cinta.


Untuk Pembunuh Sepi aku,
tolong aku, bantu aku,
aku makin kejung dipeluk sepi
yang menghantui diri.


Untuk Pembunuh Sepi aku,
tolong aku, bantu aku,
kau bunuhlah si Dewi Sepi
yang peluk aku. Kau sebarkanlah
benih cinta dalam hati aku.


Aku tidak mahu diri aku
selamanya dipeluk sepi.
Sudikan dirimu si Pembunuh Sepi?


semalamyangpenuhilham,
|superbikochoman dan makikanboo|

No comments:

Post a Comment