2012/12/11

Homo Adroganter

"Aku orang kaya. Nah ambil ini! (menghulur not satu ringgit) Tak perlu dibayar ganti. Seringgit itu nilainya seperti satu sen bagi aku!" Berkata dengan bongkak. Hidung meninggi menghala ke langit tinggi.

Amboi, berlagaknya manusia ini. Sudahlah angkuh lagi bongkak! Ada hati meninggikan hidung mendongak ke langit. Apa spesis ini tidak sedar, yang ditinggikan itu menhala menghadap sang Tuhan? Apa spesis ini tidak sedar, yang dulunya dia mengemis dijalanan? 

Pernah terasa mahu dibunuh manusia spesis ini. Bila difikir; "Tak perlu. Kita lihat nanti hari yang depan-depan. Terasa hinalah engkau bakal aku lakukan." Tapi berdebat dengan alter-ego;"Jangan dibalas hina itu. Kelak jadinya, karma yang memburu."

Sabar je lah.

#Untuk spesis yang separuh sedar ditelan nikmat duniawi.

No comments:

Post a Comment