2012/12/06

Lelaki Itu Begini Sifatnya


Biasanya, banyak aku baca post-post mengenai; Lelaki perlu tahu ini, Lelaki perlu tahu akan itu, Lelaki perlu faham perempuan, Ini apa yang seorang perempuan mahukan dari lelaki, dan yang sewaktu dengannya.

Habis tu, kaum Hawa semua tak nak ambil tahu ke apa yang kaum Adam harapkan? Atau; Perasaan lelaki itu tiada perlu diambil tahu. Lelaki itu tabah. Lelaki itu jantan. Mana berperasaan tisu seperti perempuan. Lelaki itu gagah.

Habis tu, sememangnya lelaki tak pernah merintih? Tak pernah mengheret perit? Tak mahukan itu ini dari perasaan si perempuan? Tak mahu? Tak perlu?

Ya! Memang lelaki itu tabah. Tapi ada masa dan waktunya. Se-gangster mana pun, Se-samseng mana pun, se-biadap mana pun lelaki itu, bila berada di ruang kotak bernama cinta ataupun hubungan percintaan. Bila ditinggalkan, mana kawan yang rapat saja tahu betapa dia lah manusia paling malang dan sedih diatas muka bumi.

Fikirkan apa perasaan lelaki. Fahamkan jiwa lelaki. Jangan nak suka hati cabul, robek, rogol, carik perasaan lelaki. Maksud aku, permainkan perasaan diorang lah. 

Fikirkan ini dalam-dalam.

#Pesanan khas buat player diluar sana.

2 comments: