2012/11/28

Mungkin rasa ini, perasaan ini, hanya aku seorang yang melebih dan syok sendiri. Tak mengapa meski tak berbalas. Lagipun ini semua pernah aku kata; Biarkan aku seorang yang berperasaan begini. Melebih, bersendiri.
Kerana, aku sedar, aku tahu, tiada layak aku untuk sesiapa. Siapa boleh terima teruk aku? Siapa yang boleh terima bodoh aku? Siapa? Siapa?
Ibubapa aku sendiri malu adanya aku yang teruk lagi hina ini. Apalagi manusia lain.
Bukan mahu meraih simpati. Aku tak mengharapkan apa pun simpati. Kerana dari dulunya lagi, dari umur tujuh tahun nya lagi, aku lalui segala cabaran, dengan diri aku sendiri. Tiada sokongan dari keluarga. Tiada bantuan dari ibubapa. Tiada. Tiada.
Ini lah aku. Manusia yang teruknya lebih dari si penghidap disleksia. Tiada layaknya untuk sesiapa. Meskipun aku cuba dan cuba, manusia lainnya tetap lihat aku yang sama; Jahil lagi teruk.

Satu yang aku mahu engkau tahu;
Sayang aku pada engkau, ucap cinta aku pada engkau, itu semua tulus keluar dari hati. Bukan propaganda si ekor lidah semata. Bukan. Ianya lebih lagi aku ingin ucap dari sayang dan cinta. Lebih lagi.

No comments:

Post a Comment