2012/11/11

Fobia yang Kritikal

Maaf
Maafkan salah aku
Yang terkadang ragu-ragu

Bukan ragu-ragu
untuk menerima
Tetapi ragu-ragu
untuk memberi

Sayang,
Kau perlu tahu ini
Aku, perasaan ini
Engkau, perasaan kita

Perasaan ini
Perasaan yang takut kau pergi
Selepas kau terima apa yang aku beri
Yang takut episod-episod celaka
di ulang kembali
Yang kadang itu, aku rasakan
aku patut mati

Perasaan kita
Perasaan yang engkau jaga
Yang aku rasa mampu
Tapi yang sebenarnya engkau sahaja
Maafkan aku Hana
Hanya kerna fobia
Perasaan kita, hubungan kita
terselit, terkadang dirundum hiba

Maafkan aku
Andai aku tak mampu lagi
buat engkau ceria
Maafkan aku
Kiranya diri aku
tak semesra dulu kala

Tapi mohon kau tahu
Tahu tentang sesuatu
Tentang hati perasaan aku
Yang mana kau fikir negatif tentang cinta aku

Meski kau kata aku berubah
Yang sebenar-benarnya
jujur tidak terfitnah
Engkau yang aku sayang
Engkau yang aku cinta
dan tak pernah berubah
Yang mana kau si memori baru
Buatkan aku sikit-sikit lupa
apa yang celaka
Yang mana kau realiti aku
Buatkan aku terus kedepan
meninggalkan mimpi yang tidak dinyata.

03:15, 11 November.

No comments:

Post a Comment