2012/11/19

Fabula de eo

Memang, dia seorang penghidap philophobia. Yang sekarang, bergerak perlahan-lahan, melupakan silam tercelaka yang ngeri dan tragis. Dia dirawat oleh seorang gadis. Gadis, yang mulanya dia cuma mahu berkawan. Dan kian lama, dia terjatuh, tersungkur, dan tergolek ke dalam lembah cinta. Tetapi dalam dia terjatuh, Dia takut.
Dia inginkan sesuatu. Perasaan yang ikhlas dan jujur tak terfitnah. Dia cuma tak mahu, disakiti, dikecewakan lagi, dan mengeluarkan air mata, lagi dan lagi dan lagi. Hubungan yang kali ini; Yang dia rasakan sangat bahagia. Yang terkadang ragu-ragu, dan perasaan takut itu timbul; Takut diperlakukan seperti silam yang tercelaka; Takut ditinggalkan.  Dia berharap, agar hubungan kali ini, bukan sekadar kekal lama. Dia mengharapkan yang lebih. Lebih-lebih yang Tuhan sahaja menahu. Dia berharap, agar perasaan ini, luar dan dalam bersatu. Emosi, masalah, segalanya dikongsi, disatukan. Jujur tak terfitnah; Dia cintakan si gadis itu.

Ohh, lupa. 'Dia' itu diri aku
dan 'Gadis' itu, Nurul Farhana.

19 November, 13:19.

No comments:

Post a Comment