2012/10/14

Rumit yang semalam

Lupakan apa yang rumit
Memang tidaklah pada aku
Lupakan apa yang ditengkar
Habis, apa yang tinggal kelak?
Dilupakan, tiada disejarah
Tidak lengkap hubungan
Tidak lengkaplah kita

Tidak kerana semalam
Tidak juga kita menahu
apa yang terpendam
Apa jujur yang ada didalam
Apa jujur kau pada aku
Apa jujur aku pada kau

Apa yang jadi
biar aku kenang
Tak perlu dilupakan
Hal yang semalam.

14 Oktober, 01:17.

No comments:

Post a Comment