2012/10/02

Algebra

Mulanya
Aku mahu biasa-biasa
Tapinya
Aku tak boleh
Tak luah jiwa tak tenteram
Rasa takut
tiba-tiba selubung diri
Bila luah
Rasa takut
buat aku tak nak
tak mahu kau tinggal aku
sendirian
Sepi kembali

Rasa yang macam
tak tenang
tak tenteram
jiwa berkocak-kocak

Percik-percikan air menyiram
Imbas apa pernah terjadi
Imbas memori celaka
Imbas segala
Tak tertenang
Tenteram tak tertandang

Mana tenang?
Mana tenteram?
Aku cari-cari
Aku kais-kais
Aku korek-korek
Mana rasa tenang?
Mana rasa tenteram?
Kenapa jiwa takut
yang datang bertandang?

Mana tenang?
Mana tenteram?
Mari bertandang
kau peluklah rasa takut
kau peluklah rasa fobia
Ahh, kritikal! Sungguh, kritikal!

Mana?
Mana?
Hilang sekalipun
aku cari-cari
Mana?
Mana?
Datanglah
bunuh rasa takut.

Dalam bilik, berpeluk
tubuh selubung diri.
2 Oktober, 01:06.

No comments:

Post a Comment