2012/09/24

Kritikal

Semalam
Kau datang dalam mimpi
Kau bawa lagi harapan
yang aku tahu semua tu
cuma akan mencelakakan aku

Macam selalu-selalu
yang pernah dijadi direaliti
Kau datang sesaat dua
selepas itu kau pergi
Kau jadikan aku macam
watak si pokok atas pentas
yang hanya membawa maksud
sebatang pohon tak berguna
Jalan depan aku
pandang sekilas
harapan yang kau taburkan
Dan pergi
Bila hujan
Aku kau jadikan tempat berteduh
nampak si matahari
kau pergi lagi membawa diri
Aku, rasakan semua itu
sangat sakit

Aku malam ini
yang rasa sangat kritikal
yang rasakan fobia untuk koma
Mohon kau jangan datang
dalam mimpi aku lagi.

Selamat malam.

24 September, 01:49.

No comments:

Post a Comment