2012/08/30

Tutup tirai

Salah seorang kawan aku. Yang aku rasa diantara kawan yang terbaik pernah aku ada. Dalam suatu rombongan yang aku tak tahu mana arah tuju. Dan tiba di satu lokasi, bas yang kami naik, tenggelam ditengah lautan. Masing-masing selamatkan diri. Aku diambang maut dan tiba-tiba, aku nampak memori aku disatu sudut memanggil nama yang aku sukar untuk lupakan. Dan tiba-tiba lagi, Aku sedar dari ilusi. Dan sekali lagi tiba-tiba, aku dengar vokal suara si doktor dan misi misi yang bertugas menyebut nama.

'Haziq tenggelam dan maut. Maaf kami tak dapat selamatkan.'

Aku lari kerumah. Masuk kamar, nangis aku keluarkan air mata.
Kawan aku! Kawan baik aku!
Kenapa mesti? Kenapa ya? Kenapa ya? Kenapa ya? Kenapa ya?

'Jad! Jad! Bangun dah pukul 8 setengah wehh! Lambat kang kau!'

Tup! Tirai mimpi terpadam. Aku bangkit duduk, tekup muka.
Syukur aku semua hanya mimpi dan ilusi.

30 Ogos, 11:22.

No comments:

Post a Comment