2012/08/15

Realistic

Aku selalu nasihatkan kawan, jangan terlalu termakan dek masalah cinta
Sedangkan aku terkadang macam tu
Bila jiwa aku terasa diheret ke lembah masalah, aku paksa diri untuk senyum. Anggap semua yang datang mimpi
Mimpi? Kenapa mesti bermimpi macam tu?
Meninggalkan, menyesal, bertembung, bersambung, ditinggalkan, berhubung, berhubung tapi menyakitkan hati, ditinggalkan lagi
Perit, pedih, sakit seperti ditoreh-toreh
Bila sedar lagi aku terpaksa terima, yang semua yang datang bukan yang dimimpi
Tapi direaliti dikenyataankan.
Aku cuba terima, akur, redha dengan Qada' Qadar Allah.
Aku terpaksa terima yang aku sayangkan dia, tapi aku tak mungkin memiliki dia.

15 Ogos, 10:37.

No comments:

Post a Comment