2012/08/28

Jadikan, 'Safirah Atiqah' itu cuma satu perkataan
satu nama, sesuatu yang aku rasa tak penting
sesuatu yang aku rasa teruk, dan akan membuat aku teruk
yang aku rasa macam
buang yang sial, dan ambil yang tercelaka.
Tak kisahlah ia bermain-main, berpusing-pusing
berapa kali pun dalam kepala.
Apa yang penting, ianya tak penting.

Kalau dia boleh kenapa tak aku?
Kalau senang bagi dia kenapa susah bagi aku?
Kalau bahagia dia kenapa derita aku?

Jadikan 'Safirah Atiqah' itu cuma hiasan dalam hati aku
perkataan yang aku rasa perlu aku padam.
Meski dulunya aku rasa ianya suatu yang pernah.

28 Ogos, 09:27.

No comments:

Post a Comment