2012/08/26

Adil

Hari ini, aku tersentak
Kalau aku berdiri mahu aku terjatuh tadi
Kalau aku duduk kepala pusingkan piring hitam kenang memori.

Bila difikir, semuanya memang tak adil
senang dia lupakan aku, lupakan kita, lupakan semua
sedang aku, teringat dia, mengenang memori yang aku janji bawa kemati.

Apa yang terlintas dulu-dulu memang benar, sebenar-benar tak terfitnah bagi aku.
Dulu yang aku barangkali kan, yang aku mungkin kan, yang aku kata 'kot', bukan lagi mimpi.
Dia yang bernama Safirah Atiqah macam hilang ingatan
sesuatu yang pernah dia lalui, aku yang pernah dia miliki, kini aku dia tak kenali. Semua barangkali, dah jadi realiti.

Persoalan 'siapa ezad?' buat aku sebak, tersentak, sedih, perih.
Memang tak adil bagi aku yang tak pernah lupakan dia.

Aku sayang kau. Aku rindu kau, Safirah. Aku paksa senyum terima semua yang terpaksa. Aku sayang kau Safirah Atiqah, tak terkata.

26 Ogos, 15:22.

No comments:

Post a Comment