2011/11/24

Muda aku

Untuk teman yang aku kawan,


Waktu ini, tak akan aku lupuskan dalam memori.
Waktu ini, kita semua degil, kita memberontak, kita nakal, kita ponteng, kita berlarian, kita nak jadi abang-abang, kita nak jadi taiko.
Ada yang dikejar, ada yang terkantoi berasap, ada yang terbang, ada yang jadi komando masuk hutan.
Kadang-kadang baru berapa jam jejak kaki, terus keluar pergi ke laut lemaskan diri, nangkap ketam, berkayak.
Memang degil, memang nakal.


Dalam masa kita lalui, kita selalu berfikir;
Ahh! Bilalah aku boleh keluar dari penjara ni?
Tapi akan datang, kita sendiri yang akan merindui.
Nasib selepas ni bergantung pada diri sendiri. Aku harap semua ke menara gading berusaha untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.

Tak akan aku lupakan muda aku, muda kau, muda kita.

No comments:

Post a Comment