2011/10/27

Katalog Televisyen

Aku cuma duduk dijalanan
seorang diri mencari ketenangan.

Aku bukan pengembara tetapi aku mengembara
mengembara menonton kisah karut yang dicarutkan oleh manusia
sambil menikmati asap tembakau, 
aku menulis setiap gerak-geri manusia. Aku tidak menyalin, aku menulis.
Begitu banyak kisah yang aku pertontonkan .
Buka katalog dan kau akan nampak bagaimana kepayahan hidup seorang pengemis, pemuzik, pengayuh, pemabuk, pencarut. 
Pelbagai ragam dan telatah yang akan kau pertontonkan.

Aku cuma melihat dan menulis 
apa yang dipertontonkan.

No comments:

Post a Comment