2011/04/03

Alternate Ending .

    "Troot ! Troot !" Ari t'sedar telefon bimbit nya bergetar sekali gus menggegar lelap nya . dengan masih dirundung letih kerana baru pulang dari luar negara , Ari mengusap sisi luar lengan kirinya . biarpun sudah hampir sehari berlalu dari Lapangan Terbang Schipol , tulang-temulang masih kekal menggelatuk kesejukan .
"Troot ! Troot !" ye la , na ambil lah ni , dia b'kata di hati .
tidak sempat melihat nama pnggilan yg t'tera , dia terus m'jawab .
"Hello ?"
"Hello , ya ?"
"Ari ? Ari ? ni mak cik ni !"
"ye , ada apa mak cik ?"
"err . kamu dekat mana ni ? dekat luar negara ke ?"
"saya ? ta la . saya dekat sini , baru balek malam tdi . apsal ?"
"err , kalau macam tu ..."
"kenapa mak cik ?!"
    "tak .. emm , Qistina , keadaan dia skarang . baik kamu datang sini , tengok sendiri !" niat panggilan emak Qistina akhirnya t'lerai dngan nada gesaan namun masih t'kawal d'bawah tenang . "doktor bilang , dah ta lame lagi da ni ."

    apabila Ari tiba d'hospital sejam kemudian , emak Qistina menariknya ke suatu sudut ."mak cik tahu , kamu da janji takkan jumpa dia , na kasi dia fokus pulih kan diri dia sendiri . tapi dia mungkin dah ta de harapan lagi dah . nutrition dalam badan dia da hampir ta de ."
    "macam ... mcam mana boleh jadi macam tu ?" tnya Ari . mata nya meliar ke sekeliling institusi t'sebut , seolah-olah hendak m'cari doktor atau jururawat untuk d'persalah kan .
    "tak tahulah , dia patutnya dah semakin baik skarang ni . tapi entah macam mana , dia tiba-tiba macam nazak ."emak Qistina t'tunduk seraya m'nyedut hingus duka . d'genggaman t'dapat segumpul tisu yg basah b'cecair . entah berapa kali air mata b'hambur sejak malam tadi .
    "dan mak cik tahu kamu sibuk dengan kerja kamu , ke sana ke sini tapi boleh tak ... tolong lah , boleh ta kamu tunggu jugak ? sekali ni je . boleh ?"
    "mak cik jangan risau , kaki saya ni takkan pergi mana-mana ." Ari b'janji tegas .
    dia kemudian b'lalu p'lahan ke bilik Qistina . salam Ari di kaki pintu t'batas apabila diri nya digelumang gumam m'lihat penampilan Qistina kelihatan lain s'kali sejak kali t'akhir mereka b'temu : kian kusut . walau bagaimanapun , k'datangan Ari tetap d'sambut girang . "Hye , datang pon awak !"
    Ari m'dekatkan terus diri dengan kerusi ke kiri katil seraya m'hayati ukiran bibir Qistina yg manis .
"so , macam mana ?" tanya Ari b'irama aktif .
    Qistina b'kerut , meraba jawapan , "okay sebenar nye . beberapa bulan yang lepas ni , saya betul-betul fokus nak baik kan diri . betul-betul tak ingat awak . tak ingat lansung !"
    Ari b'dekah kecil .
"ye lah , awak faham maksud saya kan ?"
Ari m'ngangguk dan masih t'senyum .
    "tapi saya still macam ni hari ni . mungkin ... mungkin memang dah tiba masa nya kot ?"
     Ari bangkit lalu membetulkan bantal-bantal dan dalam keletihan , Qistina 'tenggelam' di atas timbunan t'sebut . mungkin memang betul masa nya dah tiba , kata Ari sendiri .
    Qistina t'senyum lagi .
    "buka laci tu ," dia m'nganjur kan bibir ke rak yg t'letak di rusuk katil .
    Ari mengikut tanpa s'barang ekspektasi dan hampir-hampir b'labuh punggung ke lantai apabila melihat isi di dalam : sebuah kristal b'saiz tembaga pendulum yg pernah d'janjikan dahulu .
    "tapi ... tapi bukan dah pecah ke benda ni ?" soal Ari sambil mencapai pemberian t'sebut . sifat nya tidak sempurna : setiap sudut m'punyai rekahan yg jelas .
    "a'ahh , dah pecah . dan saya tak beli balik . masa pecah dekat Galleria tu , saya kutip . last skali dapat cantumkan nya balik bulan lepas . maklumlah , duduk dekat sini bukan nya buat apa pun ."
    Ari kian kaget . mata nya b'pusar-pusar dari Qistina ke kristal yg d'pegang .
    "saya ingat ... tsk, saya ingat nak kasi awak lagi empat tahun gitu , bila baik nanti . rasa nya macam ta sempat je ."
    Ari t'paku m'dengar  k'nyataan t'sebut , tidak tahu bagaimana harus memberi tindak balas . mata d'paling ke arah lain . Qistina masih t'senyum namun lebih lebar dari slalu . tanpa sedar jadi nya , manik-manik kaca yg suam mula b'kumpul di gigi mata Ari .

*       *       *       *       *       *       *       *

    Di rumah .
    Ari memasuk kan keperluan yg harus dibawa untuk b'malam di kantor perubatan ke dalam beg : baju , alatan k'bersihan dan beberapa material yg lain . sedang asyik m'nyelongkar almari , dia temui sebuah buku yg t'selit di celah lokasi yg tidak t'jangka . setelah menarik keluar , dia m'nyeluruhi dasar kulit novel inggeris yg d'beri oleh Qistina kepadanya setahun lebih nan lalu .
    dia memejam matanya .
    sesudah s'potong nafas dicucur , dia menyelak buku t'sebut bagai ingin mencari petanda di dalam sebuah kitab .
    dia menyebak ....
    dan menyingsing ....
    dan terus menyingkap ....
    namun tiada sebarang alamat yg mampu diilham .
    naskhah t'sebut kembali t'tutup rapat . Ari mengejam kan pandangan lagi .
    "Dude ?"
    lamunan Ari t'noktah dengan teguran Tyo yg lahir dari mulut bilik . Ari berdehem . tangan nya masih erat memegang buku t'sebut . teman serumah itu b'pakaian seperti baru pulang dari sesebuah keluar itu . topi di sarung kukuh bagi menutup mata kiri yg cela . sebelah bahu d'sandar pada bingkai pintu .
    "sorry lah kalau ganggu . cuma na tanya , kau ... kau tidur kat hospital ke malam ni ?"
    Ari mengangguk b'kali-kali sebelum kembali b'tanya , "kau dah pergi melawat Qistina ?"
    "dah , baru balik lah ni ."
    ketandusan yg asing menelan suasana . masing-masing jelas berkeadaan jauh dari lega . 
    "aku ... aku nak cakap dengan kau sikid lah ." sambung Tyo .
    kali ini Ari mengiyakan tanpa sebarang reaksi .
    "aku sebenar nya kadang-kadang bosan dengar ayat 'masa depan' kau tu . macam , 'tak kesah lah ape yg jadi skarang ni , yg penting masa depan blablabla .' sebab benda tu lebih kurang bagi orang harapan kosong ."
    Ari terus hening .
    "sekarang ni , kau pon ade rasa macam tu jugak . kau pon rasa kau dah bagi harapan kosong kat Qistina . konon nya , lagi empat tahun gitu , dia akan baik lah tapi tak pasal-pasal , maut yg datang carik dia ."
    "aku cuma cakap macam tu slalu untuk lari dari kegagalan . aku ... aku tak tau apa-apa sebenar nya ." Ari kembali b'bicara .
    "kurang-kurang kau tahu masa depan tu wujud ," Tyo separa membantah .
    "tu cuma cakap-cakap je ."
    "yee . tapi cakap-cakap yang bagus lah . dari situ lah lahir idea . mungkin kau patut setuju sebab aku boleh bagi kau sebab nya ."
    Ari menarik wajah t'tanya , baru lah kini mata dilempar kepada Tyo yg masih kaku b'diri .
    "lepas dah b'bulan-bulan cari , aku dah jumpa penderma mata kiri aku ni." ujar Tyo .
    Ari t'kejut berbaur kagum . Tyo t'senum sindir lalu melangkah ke bilik .
    novel di tangan diperhatikan lagi dan akhirnya ia kembali dikuak Ari , sehelai demi sehelai sehinggalah ke muka penghabisan .

*       *       *       *       *       *       *       *

    kira-kira ratusan minit kemudian , Ari kembali di tepi Qistina di pusat rawatan . keadaan Qistina kian resah . nafas semakin mencungap dengan ruang tekak jelas kelihatan kembang kempis .
    walau bagaimanapun , dia masih mampu t'senyum kepada Ari .
    "awak ... awak okay ke ni ?" Ari b'tanya , tidak tahan melihat perilaku yg lari dari kelaziman normal ini .
    Qistina menimbal-nimbal soalan tersebut agak lama .
    "emmm , ok ... okay lah . perfect . natural . perfectly natural ? macam tu lah ," jawab nya . sekonyong-konyong nya , Qistina memanggil Ari untuk mendekat kan ruang gegendang ke bibirnya . dalam bisikan yg benar-benar membisik , dia melontar kan sepotong ayat .
    "jangan risau , Ari . masa depan tu masih wujud untuk kita . mungkin bukan lagi empat tahun yang dijanjikan tu , mungkin bukan bila saya sihat macam di expect , mungkin ... mungkin bukan kat dunia ni pun . tapi yang pasti , masih ada harapan lagi untuk kita cipta bahagia ."
    Ari t'lopong . dan seperti hari yg baru , Ari merasakan sebuah cahaya mula menyinar dalam hidup . air mata b'derai lagi , namun kini , ia adalah hak milik kegembiraan yg mutlak .
    meskipun tiada daya untuk melaksanakan kerja yg lain , Qistina b'terusan senyum tanpa letih .
    "terima kasih ye , Ari ? terima kasih untuk selama ni . awak adalah customer saya ..."
    Ari b'dekah kecil seperti selalu . di ikuti dengan Qistina .
    "... dan juga kawan saya . always . hidup lah segembira-gembira nya ." Qistina menoktah tuturan . dengan sekilas , dia memejam kan mata lalu t'lelap .
    sepanjang siang tersebut hingga ke malam , Ari hanya melekat di sisinya , sementara tuan doktor dan para jururawat datang dan pergi serta datang dan pergi lagi . Qistina kian berenang jauh dalam lelapnya lalu membawa terus kepada koma . nafas nya kian m'hilang p'lahan-lahan .
    "jumpa lagi tau ?" bisik Ari . "time tu , kita memang betul-betul akan hidup bahagia ." Qistina melepas kan sebuah nafas yg panjang - sangat-sangat panjang dan jelas sekali ianya adalah untuk kali t'akhir . walau bagaimanapun , Ari mengerti , ianya menandakan bahagia dan bukan kekesalan . maka , Qistina pun b'lalu ke takah tiga .
    Ari tidak b'ganjak . dia tidak memanggil jururawat ataupun emak Qistina di luar . dia sendiri tidak tahu alasan nya . barangkali , dia merasakan t'lalu sunyi sehingga tidak mampu melakukan apa-apa . tiada lagi deru nafas yg menyeluruhi kamar . yg ada hanyalah diam yg agam . apabila Ari memandang ke arah wajah Qistina yg kian dibalut pucat , fikiran nya hanya diisi kekosongan .
    Ari b'terusan memandang seluruh tubuh nya . dalam diam , dia gembira kerana walaupun pada saat akhir , dia masih setia menemani jasad ini . dan sekiranya emak Qistina t'jaga kelak , dia akan memberitahu bahawasanya Qistina cukup kuat , dia tidak pergi dengan sifat lemah yg m'pengaruhi nya seumur hayat .

*       *       *       *       *       *       *       *

    selepas majlis pengebumian , Ari hanya berteleku di sebelah pusara b'sama kristal yg d'beri pada genggaman . cuaca mendung yg menyurami sepanjang pagi b'tukar cerah . mendadak . Tyo turut berada di situ , m'jadi saksi suasana magis yg tidak melibat kan silap mata ini .
    mata Tyo kembali ke pusara . "dia tak lah betul-betul mati , selagi fikiran kita sentiasa kat dia ."
"it is far , far better thing i do than i have ever done before ... a far better resting place that i go to than i have ever known ," dengan t'senyum anak , Ari b'bicara puitis .
"woahh , dude , is it a poem ?" tanya Tyo .
"tak , something yang Qistina cuba nak bagi tahu aku masa birthday aku dulu ." 
    Ari meluaskan senyuman seraya menggeleng kan kepala . dia hampir-hampir tertawa .
    Tyo keliru . "kau ... apa yang kau rasa sebenarnya , dude ?"
    Ari menghela nafas .
    "aku rasa berjaya . aku rasa berguna sangat-sangat ."
    perlahan-lahan , sinar mentari memperemeskan seluruh alam . kepala mereka b'dua b'paling ke langit , memerhati ia bagaikan kali pertama seumur hidup .

*       *       *       END OF THE "ALTERNATE ENDING"       *       *       *

No comments:

Post a Comment