2012/12/17

Tarkakal


Aku tidak rela bernafaskan egois
Aku lebih selesa
kita diselimuti jujur rasa emosis;
Rasa rindu
Rasa sayang
Rasa cinta

Aku, Engkau, Kita

Moga dikekalkan perasaan awalan
Dan mohon doa tiada pengakhiran
yang menyedih dan menyebalkan.

17 Disember, 11:26.

2012/12/15

Jam 0236 Itu

Ketika semalamnya itu,
Sejasad aku cuma pegun
Lidah membeku tidak bertutur

Sepi, diam, dan hanya bisu

Fikir aku,
Tiada layaknya aku
Kiranya aku,
hanya mampu buat
tangis engkau gugur

Sayang, maafkan apa salah aku
Sayang, jangan lagi tangisi aku
Sepertinya, aku tidak mampu
untuk teruskan sisa-sisa nyawa.

15 Disember, 20:20.

2012/12/12

Harap Tidak

Kalaulah benar apa yang aku fikirkan
Kalaulah mimpi dan realiti itu bersangkut pautan

Sungguh sayang,
Sebenar-benarnya sungguh aku rasakan
Aku lah yang paling malang di dunia realiti
Aku lah manusianya yang paling remuk hati

Kerana yang aku fikirkan sekarang ini
Ternyata kebanyakkannya negatifiti.

12 Disember, 12:47.

2012/12/11

Fokusentrasi

Didalam satu bilik kecil
Dimana terkadang datangnya ilham
Bercangkung penuh konsentrasi
Tembakau tersisip rapi dijari
Diam
Senyap
Tarik nafas

BAM! BAM! BAM!
"Woi! Kau okay tak?"

Tetap berdiam
Memfokuskan diri penuh konsentrasi
Fokus
Pejam
Diam
Tarik nafas

BAM! BAM! BAM! BAM!
"Woi! Kau jangan apa-apakan diri woi!
Usia kau panjang lagi!"
BAM! BAM! BAM! BAM!

"DIAMLAH BODOH! AKU TENGAH BERAK!"


11 Disember, 12:33.

Homo Adroganter

"Aku orang kaya. Nah ambil ini! (menghulur not satu ringgit) Tak perlu dibayar ganti. Seringgit itu nilainya seperti satu sen bagi aku!" Berkata dengan bongkak. Hidung meninggi menghala ke langit tinggi.

Amboi, berlagaknya manusia ini. Sudahlah angkuh lagi bongkak! Ada hati meninggikan hidung mendongak ke langit. Apa spesis ini tidak sedar, yang ditinggikan itu menhala menghadap sang Tuhan? Apa spesis ini tidak sedar, yang dulunya dia mengemis dijalanan? 

Pernah terasa mahu dibunuh manusia spesis ini. Bila difikir; "Tak perlu. Kita lihat nanti hari yang depan-depan. Terasa hinalah engkau bakal aku lakukan." Tapi berdebat dengan alter-ego;"Jangan dibalas hina itu. Kelak jadinya, karma yang memburu."

Sabar je lah.

#Untuk spesis yang separuh sedar ditelan nikmat duniawi.