2013/03/11
Satu Antara Dua
Dalam kepelbagaian rasa
Dalam harmoni kata mewarna
Hanya abadi satu rasa--
Luah kata tunggal tetap
Mohon segala tutur bait menghinggap
Yang selain dari terperangkap
dalam hitam pekat rasa dewa celaka--
Hanya satu rasa kita
dalam berjuta kerawakkan rasa
Adalah rasa jujur Cinta
Antara kita dua.
11 Mac 2013.
2013/03/02
2013/01/18
Berlatarkan Lebat Hujan
Sayangku,
Jika benar apa yang disangkakan
Jika ter-realiti kekeliruan yang menampal
Cukup engkau tahu
Tak minta dibalas perasaan aku;
Aku tetap menunggu mu sayang
Selagi ada daya hidup aku
Aku berhadap segala demi engkau
Aku bertahan demi setajuk nama bahagia
Jika terjadi, engkau dan siseteru ku bersama
Aku relakan diri secara paksa
Demi kebahagian engkau, kesayangan.
Malam ini, hujan dan angin
menjadi pelengkap kekosongan yang aku lalu.
18 Januari, 23:01.
Jika benar apa yang disangkakan
Jika ter-realiti kekeliruan yang menampal
Cukup engkau tahu
Tak minta dibalas perasaan aku;
Aku tetap menunggu mu sayang
Selagi ada daya hidup aku
Aku berhadap segala demi engkau
Aku bertahan demi setajuk nama bahagia
Jika terjadi, engkau dan siseteru ku bersama
Aku relakan diri secara paksa
Demi kebahagian engkau, kesayangan.
Malam ini, hujan dan angin
menjadi pelengkap kekosongan yang aku lalu.
18 Januari, 23:01.
2012/12/30
Kerusi Berpaku
Diruang yang sepi hitam
Aku duduk berkerusikan
paku-paku yang halus
lagi tajam
Tangan, kaki, badan
Sejasadnya diikat ketat
Menembusi sekujur jasad
Aku duduk seorang aku
Nikmati cucukan perit rindu
Teramat sakit
Batin aku perit
29 Disember, 01:56.
Aku duduk berkerusikan
paku-paku yang halus
lagi tajam
Tangan, kaki, badan
Sejasadnya diikat ketat
Menembusi sekujur jasad
Aku duduk seorang aku
Nikmati cucukan perit rindu
Teramat sakit
Batin aku perit
29 Disember, 01:56.
2012/12/28
Lembaga Hitam Bersenjatakan Belati Halimunan
Gelap malam aku,
Hanya bertemankan lembaga peristiwa
Yang datang menghampiri tidak diundang
Bersenjatakan belati-belati kecil yang tajam
Yang mana ditusuk ke jantung dalam-dalam
Mematikan jiwa secara diam-diam.
Gelap malam itu,
Nafas terakhir aku menghembuskan egoisial
Aku mati berdarahkan kolot fantasial
Aku tertimbus diruang masasial
Bernisankan batang emosial.
Aku terbunuh lagi
Untuk kali yang ke-(tak terbilang).
2012/12/17
Tarkakal
Aku tidak rela bernafaskan egois
Aku lebih selesa
kita diselimuti jujur rasa emosis;
Rasa rindu
Rasa sayang
Rasa cinta
Aku, Engkau, Kita
Moga dikekalkan perasaan awalan
Dan mohon doa tiada pengakhiran
yang menyedih dan menyebalkan.
17 Disember, 11:26.
2012/12/15
Jam 0236 Itu
Ketika semalamnya itu,
Sejasad aku cuma pegun
Lidah membeku tidak bertutur
Sepi, diam, dan hanya bisu
Fikir aku,
Tiada layaknya aku
Kiranya aku,
hanya mampu buat
tangis engkau gugur
Sayang, maafkan apa salah aku
Sayang, jangan lagi tangisi aku
Sepertinya, aku tidak mampu
untuk teruskan sisa-sisa nyawa.
15 Disember, 20:20.
Sejasad aku cuma pegun
Lidah membeku tidak bertutur
Sepi, diam, dan hanya bisu
Fikir aku,
Tiada layaknya aku
Kiranya aku,
hanya mampu buat
tangis engkau gugur
Sayang, maafkan apa salah aku
Sayang, jangan lagi tangisi aku
Sepertinya, aku tidak mampu
untuk teruskan sisa-sisa nyawa.
15 Disember, 20:20.
2012/12/12
Harap Tidak
Kalaulah benar apa yang aku fikirkan
Kalaulah mimpi dan realiti itu bersangkut pautan
Sungguh sayang,
Sebenar-benarnya sungguh aku rasakan
Aku lah yang paling malang di dunia realiti
Aku lah manusianya yang paling remuk hati
Kerana yang aku fikirkan sekarang ini
Ternyata kebanyakkannya negatifiti.
12 Disember, 12:47.
Kalaulah mimpi dan realiti itu bersangkut pautan
Sungguh sayang,
Sebenar-benarnya sungguh aku rasakan
Aku lah yang paling malang di dunia realiti
Aku lah manusianya yang paling remuk hati
Kerana yang aku fikirkan sekarang ini
Ternyata kebanyakkannya negatifiti.
12 Disember, 12:47.
2012/12/11
Fokusentrasi
Didalam satu bilik kecil
Dimana terkadang datangnya ilham
Bercangkung penuh konsentrasi
Tembakau tersisip rapi dijari
Diam
Senyap
Tarik nafas
BAM! BAM! BAM!
"Woi! Kau okay tak?"
Tetap berdiam
Memfokuskan diri penuh konsentrasi
Fokus
Pejam
Diam
Tarik nafas
BAM! BAM! BAM! BAM!
"Woi! Kau jangan apa-apakan diri woi!
Usia kau panjang lagi!"
BAM! BAM! BAM! BAM!
"DIAMLAH BODOH! AKU TENGAH BERAK!"
11 Disember, 12:33.
Dimana terkadang datangnya ilham
Bercangkung penuh konsentrasi
Tembakau tersisip rapi dijari
Diam
Senyap
Tarik nafas
BAM! BAM! BAM!
"Woi! Kau okay tak?"
Tetap berdiam
Memfokuskan diri penuh konsentrasi
Fokus
Pejam
Diam
Tarik nafas
BAM! BAM! BAM! BAM!
"Woi! Kau jangan apa-apakan diri woi!
Usia kau panjang lagi!"
BAM! BAM! BAM! BAM!
"DIAMLAH BODOH! AKU TENGAH BERAK!"
11 Disember, 12:33.
Homo Adroganter
"Aku orang kaya. Nah ambil ini! (menghulur not satu ringgit) Tak perlu dibayar ganti. Seringgit itu nilainya seperti satu sen bagi aku!" Berkata dengan bongkak. Hidung meninggi menghala ke langit tinggi.
Amboi, berlagaknya manusia ini. Sudahlah angkuh lagi bongkak! Ada hati meninggikan hidung mendongak ke langit. Apa spesis ini tidak sedar, yang ditinggikan itu menhala menghadap sang Tuhan? Apa spesis ini tidak sedar, yang dulunya dia mengemis dijalanan?
Pernah terasa mahu dibunuh manusia spesis ini. Bila difikir; "Tak perlu. Kita lihat nanti hari yang depan-depan. Terasa hinalah engkau bakal aku lakukan." Tapi berdebat dengan alter-ego;"Jangan dibalas hina itu. Kelak jadinya, karma yang memburu."
Sabar je lah.
#Untuk spesis yang separuh sedar ditelan nikmat duniawi.
Menahan Lebat Hujan
Janggalnya rasa ini
Bilamana pipi lebat dibasahi
perit hujan rindu
Sepertinya,
yang merasa itu seorang aku
Jika dibenarkan
sistem perpindahan roh
Engkau rasa lah ditempat aku
Engkau selamlah jiwa aku
Hampir perseratus fikiran aku
cuma dicabul imej-imej engkau.
10 Disember, 23:33.
2012/12/10
Haluginasi
Bayangkan ini;
Kita hanya hidup
seorang diri
Apa yang dikatakan dunia
sebenar-benarnya,
BUKAN
Kita berada disuatu ruang
Ruang yang gelap hitam
Ruang dimana kita
hanyalah seorang
Apa yang dilihat selama ini
Cuma lah imaginasi
Halusinasi
Fantasi
Tidak wujud apa sama sekali
Depan belakang
Kiri dan kanan
Sekelilingnya cuma lah
HITAM
KOSONG
Berkawan dan berkenalan
dengan imaginasi
Apa yang dilihat
Apa yang dilalu
Segala perasaan cinta
Itu semua ternyata fantasi
Sakit, perit, minum, makan,
Itu cuma halusinasi.
9 Disember, 21:21.
Kita hanya hidup
seorang diri
Apa yang dikatakan dunia
sebenar-benarnya,
BUKAN
Kita berada disuatu ruang
Ruang yang gelap hitam
Ruang dimana kita
hanyalah seorang
Apa yang dilihat selama ini
Cuma lah imaginasi
Halusinasi
Fantasi
Tidak wujud apa sama sekali
Depan belakang
Kiri dan kanan
Sekelilingnya cuma lah
HITAM
KOSONG
Berkawan dan berkenalan
dengan imaginasi
Apa yang dilihat
Apa yang dilalu
Segala perasaan cinta
Itu semua ternyata fantasi
Sakit, perit, minum, makan,
Itu cuma halusinasi.
9 Disember, 21:21.
2012/12/06
Lelaki Itu Begini Sifatnya
Biasanya, banyak aku baca post-post mengenai; Lelaki perlu tahu ini, Lelaki perlu tahu akan itu, Lelaki perlu faham perempuan, Ini apa yang seorang perempuan mahukan dari lelaki, dan yang sewaktu dengannya.
Habis tu, kaum Hawa semua tak nak ambil tahu ke apa yang kaum Adam harapkan? Atau; Perasaan lelaki itu tiada perlu diambil tahu. Lelaki itu tabah. Lelaki itu jantan. Mana berperasaan tisu seperti perempuan. Lelaki itu gagah.
Habis tu, sememangnya lelaki tak pernah merintih? Tak pernah mengheret perit? Tak mahukan itu ini dari perasaan si perempuan? Tak mahu? Tak perlu?
Ya! Memang lelaki itu tabah. Tapi ada masa dan waktunya. Se-gangster mana pun, Se-samseng mana pun, se-biadap mana pun lelaki itu, bila berada di ruang kotak bernama cinta ataupun hubungan percintaan. Bila ditinggalkan, mana kawan yang rapat saja tahu betapa dia lah manusia paling malang dan sedih diatas muka bumi.
Fikirkan apa perasaan lelaki. Fahamkan jiwa lelaki. Jangan nak suka hati cabul, robek, rogol, carik perasaan lelaki. Maksud aku, permainkan perasaan diorang lah.
Fikirkan ini dalam-dalam.
#Pesanan khas buat player diluar sana.
Ruang Infiniti
Berada disuatu ruang,
Yang nampaknya apa isi hati
Yang tiada pendamnya apa tahi
Yang boleh dikongsi bersama
Yang agarnya, mohon dikekal lama;
Perasaan
Hubungan
Percintaan
Pertelingkahan
Senda dan gurauan
Sendu dan sendan
Semuanya disatukan
Tiada satunya dirahsiakan
Yang Silam celaka dipadam lupuskan
Berada diruang ini,
Aku harapkan semuanya kekal
Tiada pengakhir penghujung
Disatukan bersama
Infinitinya bahagia.
6 Disember, 12:43.
Kami Mahu Bukan Kamu Begini
Kerap kali aku fikirkan ini
SAMPAI BILA?
bila menghadap berita di telivisyen;
Kenapa?
Apa?
Bagaimana?
Apa cara penyelesaian?
Tak kan tiada?
Kami ini anak muda yang akan
berhadap realiti didepan bagaimana???
Tak pernahkah mereka fikirkan kami?????
Bila kepukian ini mahu berhenti???????
INI! INI! INI!
KERAPKALI!
ACAPKALI!
ACAPKALI!
SAMPAI BILA?
Yang sini;
"Bodoh! Bahlol!"
Yang sana;
"Bodoh! Bahlol!"
Sampai bila mahu begini?
Fikirkan tentang kami wahai si tua hipokrit
Dan juga yang tua-tua politik
Jadi contoh yang baik
untuk anak muda masa kini.
6 Disember, 11:28.
2012/12/05
Kehadapan Pembaca
Pernah mereka yang baca cerita tentang aku, mereka kata sebak. Ada itu kata sedih. Ada juga itu kata kasihan.
Aku, cuma mampu kata ini dari hati; "Janganlah sebak. Kerna aku yang lalui segala celaka itu dulu, lagi sebak berbaur rasa sedih. Dan tentang kasihan; aku tidak mengharap apa simpati. Kerna celaka itu, aku kerap lalui. Tapi belum pernah sekali sesakit itu dahulu. Dan sekarangnya, aku hanya fokus pada seorang gadis. Gadis yang begitu fokuskan untuk rawat fobia dihati. Gadis yang hargai apa adanya baik buruk aku ini. Sekarangnya, gadis itu heroin dalam cerita hidup baru aku. Dan cerita yang kedepan hadapan lagi. Dengan izinNya Allah. Amen."
Sekian terima kasih sekalian manusia.
Terima kasih kerna pernah sebak dan turut serta sedih.
Terima kasih kerna adanya yang baca tulisan hidup aku.
Terbaca komen di post lama.
Dan ini untuk mereka.
5 Disember, 23:49.
Definisi Cinta
Bila langit gelap
Bilamana awan mendung
Sambil itu menangis sang awan
Gugurnya tangis jatuh ke bumi
Adanya itu,
samar-samar sang suria
Memancar sikit demi sikit
Mencurah cahaya
menerang si bumi
Sehingga munculnya
sang pelangi
Dalam memandang sang pelangi
Si pemandang itu,
memandang penuh menghargai
Melihat penuh rasa teruja
Menikmati rasa warna-warni
Kerna hadirnya sang pelangi
Tiada kita tahu;
Lama mana kah?
Sekejap mana kah?
Sampai bilakah?
Dengan penuh harapan
di dalam-dalam
Si pemandang sentiasa berharap
Agar sang pelangi
sentiasa ada
Senantiasa memancar
Dengan penuh rasa warna
Dan juga sempurna
rasa warni
Hadirnya seseorang
Yang merawat fobia dihati
Terus kita cinta
Perlu tulus kita hargai
Datangnya ilham,
sambil lihat pelangi hari.
5 Disember, 22:49.
Bilamana awan mendung
Sambil itu menangis sang awan
Gugurnya tangis jatuh ke bumi
Adanya itu,
samar-samar sang suria
Memancar sikit demi sikit
Mencurah cahaya
menerang si bumi
Sehingga munculnya
sang pelangi
Dalam memandang sang pelangi
Si pemandang itu,
memandang penuh menghargai
Melihat penuh rasa teruja
Menikmati rasa warna-warni
Kerna hadirnya sang pelangi
Tiada kita tahu;
Lama mana kah?
Sekejap mana kah?
Sampai bilakah?
Dengan penuh harapan
di dalam-dalam
Si pemandang sentiasa berharap
Agar sang pelangi
sentiasa ada
Senantiasa memancar
Dengan penuh rasa warna
Dan juga sempurna
rasa warni
Hadirnya seseorang
Yang merawat fobia dihati
Terus kita cinta
Perlu tulus kita hargai
Datangnya ilham,
sambil lihat pelangi hari.
5 Disember, 22:49.
Orang-orang
Hargai orang
yang hargai apa ada
baik buruk lain orang
Bukan hargai orang
yang bersifat binatang
Kiranya binatang pun
pandai hargai orang
Ini kan pula berharap
pada orang bersifat binatang
Jadikan orang
yang hargai apa ada orang
Dengan jadikan orang itu
Sebagai kawan
Sahabat
Peneman
Perisai lawan
Secara nes nya,
Orang itu pula
akan hargai kita
apa ada baik buruknya kita
sebagai seorang orang
Jangan jadinya
seperti orang-orang
Tiada berperasaan
Duduknya satu disawah bendang
Yang sentiasanya,
Menghalau si haiwan-haiwan
Hargailah lain orang
yang hargai kita sebagai orang.
5 Disember, 21:13.
yang hargai apa ada
baik buruk lain orang
Bukan hargai orang
yang bersifat binatang
Kiranya binatang pun
pandai hargai orang
Ini kan pula berharap
pada orang bersifat binatang
Jadikan orang
yang hargai apa ada orang
Dengan jadikan orang itu
Sebagai kawan
Sahabat
Peneman
Perisai lawan
Secara nes nya,
Orang itu pula
akan hargai kita
apa ada baik buruknya kita
sebagai seorang orang
Jangan jadinya
seperti orang-orang
Tiada berperasaan
Duduknya satu disawah bendang
Yang sentiasanya,
Menghalau si haiwan-haiwan
Hargailah lain orang
yang hargai kita sebagai orang.
5 Disember, 21:13.
Ditangan ini; Bogel Menuju Tuhan
Sekarang,
Setelah setahun aku mencari
Setelah setahun aku bermimpi
Kininya, apa yang aku ingin
ternyata ditelapak tangan
Cukup sekadar
aku baca sinopsis
Terus aku senyum panjang
Puas dibelek
Satu per satu tidak teronyok
Fikiran aku,
fikirkan tentang ini;
Aku ingin memberi kepada orang
Orangnya itu adalah dia
Apa pentingnya aku
kalau ingin memberi
Tapinya, telah dicabul dulu
oleh aku.
Aku senyum
Tetap lagi aku senyum
Dapat menyentuh secara peribadi
Tapi aku memberi
untuk si dia pencuri hati
Aku senyum
Masih lagi aku senyum
Tidak sabar mahu kau
bacakan karya abang Adzim.
Petang itu senyum panjang
Harap kau suka pemberian aku :)
5 Disember, 13:36.
Setelah setahun aku mencari
Setelah setahun aku bermimpi
Kininya, apa yang aku ingin
ternyata ditelapak tangan
Cukup sekadar
aku baca sinopsis
Terus aku senyum panjang
Puas dibelek
Satu per satu tidak teronyok
Fikiran aku,
fikirkan tentang ini;
Aku ingin memberi kepada orang
Orangnya itu adalah dia
Apa pentingnya aku
kalau ingin memberi
Tapinya, telah dicabul dulu
oleh aku.
Aku senyum
Tetap lagi aku senyum
Dapat menyentuh secara peribadi
Tapi aku memberi
untuk si dia pencuri hati
Aku senyum
Masih lagi aku senyum
Tidak sabar mahu kau
bacakan karya abang Adzim.
Petang itu senyum panjang
Harap kau suka pemberian aku :)
5 Disember, 13:36.
Labels:
Aku,
Bogel Menuju Tuhan,
Hana,
Puisi,
Zahiril Adzim
2012/12/04
Disember
Bila bulan ini
Aku rasakan;
Jemputlah aku wahai mati
Jangan biarkan aku,
dipeluk sepi
Bila bulan ini
Aku rasakan tak mampu
untuk kedepan berlari
Terus terperangkap--
tak mampu bergerak--
Tak mampu lagi berdiri--
Bila bulan ini
Rasa fobia itu,
Celaka dua tahun lalu,
Sepertinya,
akan datang
menyelubung diri
Dan bila datangnya bulan ini,
Aku harapkan;
Disember tiada lagi
Celakanya si lampau
terus terpadam--
dan mati--
Terus hilang tiada di memori...
4 Disember, 12:06.
Subscribe to:
Posts (Atom)